Cara Kreatif Berkomunikasi Dengan Pelanggan

by Studio Aksara · 0 comments

Dalam perniagaan, cara kita berkomunikasi dengan pelanggan dapat membantu mencerminkan kualiti servis perniagaan. Syarikat-syarikat besar tidak takut untuk melaburkan sejumlah wang yang besar, supaya mereka dapat memuaskan hati ramai pelanggan.

Kebanyakan pemilik perniagaan di Malaysia kurang fokus pada bahagian komunikasi. Dalam fikiran mereka, asalkan untung, perniagaan mereka akan dapat terus bertahan. Kenyataan ini silap dan berbahaya.

Kewujudan laman sosial seperti Facebook membuka ruang yang lebih luas untuk pelanggan berkomunikasi dengan peniaga. Ini adalah satu cara untuk meningkatkan kepercayaan.

Pelanggan yang percaya pada bisnes kita akan menyebarkan berita baik kepada rakan-rakan mereka. Ini yang dinamakan pemasaran viral atau mulut ke mulut.

Untuk merapatkan jurang komunikasi di Facebook, kita boleh menggunakan cara-cara kreatif seperti berikut.

Cara kreatif dapat menjimatkan wang kita sebelum mengupah para pekerja khas untuk menggalas tugasan ini.

Tanya Soalan Menarik

Gunakan ruang Facebook kita untuk bertanyakan soalan mengenai industri, produk atau servis yang dibekalkan.

Apabila kita bertanya, ia mendorong orang ramai yang ‘Like’ Facebook Pages kita untuk berada dalam perbualan itu.

Sebagai contoh, kita menjual tudung. Satu daripada soalan yang boleh diajukan di Facebook Pages adalah seperti berikut:

“Pada pendapat anda, apakah yang menyebabkan sesuatu tudung itu cantik di mata kaum Adam? Adakah warna, stail atau tertakluk pada wanita yang dipandang mereka?”

Tanya soalan dengan kerap supaya kita dapat kenal siapa bakal pelanggan. Kemudian balas setiap komen yang dikongsikan dalam Facebook.

Kongsi Testimonial Pelanggan Sebelum Ini

Prospek boleh diyakinkan dengan para pelanggan yang telah menggunakan produk kita sebelum ini. Justeru itu, satu daripada strategi kreatif bagi mewujudkan komunikasi di antara pelanggan adalah menerusi testimonial.

Testimonial adalah perkongsian maklumat mengenai pendapat pelanggan yang pernah menggunakan produk atau servis perniagaan kita.

Cara untuk mendapatkan testimonial adalah bertanya dan minta. Testimonial boleh didapati dalam beberapa bentuk multimedia seperti:

  1. Teks.
  2. Audio.
  3. Video.

Selepas dapat testimonial, kongsikan testimonial ini di Facebook. Kepilkan sekali gambar pelanggan supaya orang ramai boleh melihat secara visual. Gambar dapat mendorong mereka untuk bertanya soalan-soalan berduit seperti:

“Boleh saya tahu maklumat lanjut tentang produk anda?”

Anjurkan Pertandingan Taraf Selebriti

Fitrah manusia memang suka pada benda percuma. Wujudkan pertandingan yang mencerminkan tahap seperti selebriti. Maksudnya, berikan hadiah-hadiah yang nampak mahal tetapi bajetnya rendah.

Sebagai contoh, kita berikan sebuah beg yang mempunyai logo syarikat bisnes kita. Cara ini dapat dilakukan dengan efektif apabila jenama perniagaan kita teguh di mata pelanggan.

Lihat bagaimana Apple menguasai cara ini. Setiap produk yang mempunyai logo Apple dipandang hebat dan berkualiti dari sudut mata pengguna.

kredit gambar: RobW_

About Studio Aksara
Blog ini berkongsi maklumat tentang tip blogging, Search Engine Optimazition (SEO) dan pemasaran media sosial.

{ 0 comments… add one now }

Leave a Comment

CommentLuv badge

Previous post:

Next post: