Hai, nama saya Firdaus. Saya bekerja sebagai konsultansi pemasaran untuk bisnes-bisnes kecil. Ini adalah kad bisnes saya. Sekiranya tuan ingin mengetahui bagaimana syarikat tuan dapat meningkatkan jualan mulai tahun ini, boleh hubungi saya.”

Perbualan di atas adalah contoh terhadap sebuah item yang diberi nama kad bisnes, atau business card. Sekiranya kita pernah bekerja untuk mana-mana syarikat kerajaan atau swasta, kita pasti pernah menghadapi situasi di atas. Ya, kita akan memperkenalkan diri. Kemudian memberikan kad bisnes kepada prospek.

Tujuannya? Untuk membina hubungan dengan prospek. Kemudian menjadikan ia sebagai pelanggan tetap syarikat kita.

Baik, itu adalah fungsinya terhadap syarikat. Bagaimana pula untuk blogger? Adakah kad bisnes ini dapat kita manfaatkan dalam dunia promosi konvensional?

Kad Bisnes Tidak Terhad Kepada Golongan Profesional

Tanggapan kad bisnes hanya untuk golongan profesional dan syarikat korporat adalah tidak betul. Ini kerana kad bisnes juga boleh dijadikan sebagai medium untuk meningkatkan trafik, dan kredibiliti sesebuah blog.

Sebagai contoh, dalam sehari kita berjumpa dengan 5 orang rakan baru, dan memberikan kepada mereka kad bisnes kita yang mempunyai alamat blog. Dalam masa 30 hari, kita akan memperoleh 150 pelawat baru.

Click to continue…

Darren Rowse, nama yang tidak asing lagi dalam dunia blogging. Malah penulis sendiri pernah menulis entri-entri berdasarkan kajian terhadap individu yang bergelar ‘problogger’ ini.

Namun terdapat sedikit isu yang mengelirukan diri penulis tentang cara beliau buat duit menerusi blog Problogger.net. Walaupun cara ini agak mudah untuk dilakukan, namun kebanyakan pemilik blog sering terlepas pandang.

Oleh demikian, penulis membuat keputusan untuk membongkarkannya dalam entri ini. Mari kita sama-sama kaji, lihat dan praktikkan. Jika beliau boleh jana pendapatan lumayan dengan cara ini, kita juga boleh duplikasi tekniknya.

Kajian Kes Ebook ’31 Days to Build a Better Blog’

Bagi yang mengikuti perkembangan Darren Rowse dalam blog Problogger.net, kita akan tahu di mana ebook ’31 Days to Build a Better Blog’ ini adalah himpunan daripada 31 artikel, yang telah beliau terbitkan dalam blognya.

Agak tidak adil bukan? Himpunkan artikel kemudian dijual dengan harga yang tinggi. Tetapi jualannya begitu memberangsangkan. Sehingga Darren Rowse menyatakan ebook itu menjadi sebahagian besar daripada medium pendapatan beliau menerusi blog Problogger.net.

Di sini terdapat beberapa pengajaran yang boleh kita ambil, kemudian praktikkan terhadap blog kita, untuk menjana pendapatan darinya.

Click to continue…

Majoriti blog-blog yang menjana pendapatan lumayan dan mempunyai jumlah pelawat yang ramai, sering menasihati kita untuk sentiasa rapatkan diri dengan komuniti blogger yang sudah berjaya. Ini bertujuan bagi mendapatkan gaya fikir dan mencontohi tindakan mereka, supaya blog kita juga memperoleh kejayaan yang sama.

Tetapi kita sering terlupa, terdapat dua individu yang dapat menjamin kejayaan blog serta merta. Lebih menarik, mereka ini tidak jauh daripada mereka. Malah di saat kita dilahirkan, mereka juga turut bersama, dan menitiskan air mata sebagai tanda kesyukuran.

Benar, individu yang dimaksudkan adalah kedua belah ibu bapa kita.

4 Sebab Ibu Bapa Adalah Pencetus Kejayaan Blogging

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ankabut, ayat 8 bermaksud:

“Dan Kami telah memerintahkan manusia supaya berbuat baik, dan berbakti kepada kedua ibu bapanya.”

Ibu bapa adalah manusia yang mempunyai nilai kasih sayang tertinggi pada kita di dunia. Apa sahaja yang mereka lakukan, semuanya adalah untuk kebaikan anaknya. Ada ibu bapa yang sanggup berkorban waktu kerja selama 20 jam sehari, semata-mata mahu melihat anaknya belajar di universiti dalam keadaan selesa.

Dalam dunia blog, kita boleh menjadikan ibu bapa sebagai modal kejayaan. Bermula dengan menghormati mereka, dan menjaga hati mereka. Nescaya Tuhan akan memberkati serta mempermudahkan segala urusan kita untuk mencapai matlamat.

Selain itu, kedua-dua belah ibu bapa kita juga dapat membantu kita daripada segi:

Click to continue…

Gaya penulisan yang baik dan berpengaruh adalah gaya penulisan yang mampu meningkatkan taraf hidup pembaca. Paling tidak, sekurang-kurangnya ia mampu membuatkan para pembaca berfikir sendiri untuk membuat keputusan.

Ramai penulis blog menggunakan ayat-ayat yang mencerminkan kelemahan mereka sendiri. Sebagai contoh, penggunaan bahasa kontot. Bahasa-bahasa kontot sebenarnya menyukarkan pembacaan.

Cuba lihat contoh di bawah dan bandingkan kemudahan kita untuk membaca:

Contoh 1:

Hari ini, saya pergi ke kedai Mak Limah untuk membeli makanan dan minuman untuk sarapan pagi. Selepas selesai makan dan minum, saya terus bergerak ke kelas.

Contoh 2:

Hr ni, sy pg ke kdi Mak Limah utk membeli mknn dan minuman utk sarapan pg. Slps selesai mkn dan minum, sy terus bergrk ke kls.

Secara psikologinya, kita lebih selesa untuk membaca ayat dalam contoh 1. Kerana penggunaan Bahasa Melayu penuh dapat membantu mereka mengenal pasti setiap patah perkataan yang ditulis.

Click to continue…

Saiful (bukan nama sebenar) begitu gemar meluangkan masa di hadapan komputer. Oleh kerana minat beliau yang mendalam mengenai blogging, berjam-jam masa dihabiskan di hadapan Macbook Pro yang baru dibelinya bulan lalu.

Setiap hari, Saiful meluangkan masa 5 hingga 8 jam sehari untuk menulis dan mengemaskini blog-blog yang beliau bangunkan. Meskipun rakan-rakan beliau mengajak beliau untuk bersukan di waktu petang, Saiful tidak mempedulikannya. Bagi beliau, blog itu adalah sukan jari jemari kegemarannya sekarang.

3 bulan telah berlalu, Saiful kini mengadu pada keluarganya kerana sering pening-pening dan mengalami sakit belakang. Apabila diperiksa oleh doktor, Saiful menceritakan masa beliau banyak dihabiskan di hadapan komputer. Kemudian doktor membuat konklusi, sakit yang Saiful alami berkemungkinan besar berpunca daripada tidak melakukan senaman, akibat terlalu lama menghadap komputer.

Kini Saiful terpaksa makan ubat dan banyakkan berehat. Malah produktiviti blogging beliau juga menurun secara mendadak. Saiful kini tidak berkemampuan untuk menulis lebih banyak seperti dahulu lagi.

Click to continue…

Mewujudkan daya pengaruh yang tinggi memerlukan skil komunikasi yang tinggi. Salah satu contoh individu yang mempunyai skil ini adalah Nabi Muhammad S.A.W. Baginda mempunyai skil komunikasi yang baik.

Di mana skil komunikasi ini yang membuatkan orang ramai suka dan selesa untuk berinteraksi dengan baginda. Situasi ini juga berlaku kepada musuh-musuh beliau yang turut mengaku selesa apabila berinteraksi dengannya.

Komunikasi yang berpengaruh dapat membantu pemilik blog dari pelbagai aspek, antaranya adalah:

  • Membina reputasi dengan pantas.
  • Mewujudkan tahap komunikasi yang tinggi di antara penulis dan pembaca.
  • Meningkatkan jumlah pelawat setia blog secara konsisten dari semasa ke semasa.

Soalannya sekarang, apakah aktiviti yang boleh dilakukan oleh blogger untuk membina pengaruh menerusi blog mereka? Berikut adalah 7 aktiviti yang dapat membantu kita hari ini.

#1 – Dengar, Lihat dan Jadi Pasif

Perbuatan terlalu obses dengan aktiviti yang aktif dalam dunia blogging iaitu menulis kadang kala mengundang padah. Kita cenderung untuk menulis apa yang kita mahu, tetapi bukan apa yang pembaca mahu tahu.

Justeru itu, setiap kali sebelum mula menulis, lihat terlebih dahulu respon pembaca dalam artikel-artikel sebelum ini. Gunakan respon mereka sebagai idea untuk menulis. Dari situ, kita akan menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran mereka.

Click to continue…

12345678910111213